Thursday, February 13, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kokain ditemui dalam beg biji kopi

    GENEVA, 8 MEI – Polis Swiss berkata satu siasatan telah dilancarkan selepas pekerja di gudang Nespresso di barat Switzerland menemui 500 kilogram kokain, dengan nilai di pasar gelap AS$50 juta, ketika mereka memunggah biji kopi yang telah tiba dengan kereta api.

    Polis serantau di Fribourg berkata mereka telah dihubungi oleh syarikat mengenai penemuan di fasiliti di bandar Romont dan segera mendirikan ‘sekatan keselamatan’ dan menghantar pegawai kastam dan ejen kawalan sempadan ke sana.

    Siasatan awal menunjukkan hantaran dalam lima kontena telah tiba dari laut dari Brazil sebelum dipindah ke sebuah kereta api, kata pihak berkuasa. – AP

    Gambar serahan polis Fribourg kelmarin menunjukkan kokain dirampas di bandar Swiss Romont baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda