Monday, May 19, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kokorec, hidangan istimewa dari Turki

    ISTANBUL – Seorang lelaki berbangsa Turki dan isterinya kelihatan gigih bekerja di sebuah restoran yang terletak berdekatan dengan pusat tumpuan di bandar itu, Istikal Avenue.

    Oguzhan Sayi, pemilik restoran berusia 32 tahun dikenali sebagai Ozzie yang beroperasi sejak tahun 1968 itu sibuk membungkus bahagian usus kambing untuk dibakar manakala isterinya pula sibuk menyusun kerusi dan meja.

    “Sebentar lagi restoran ini akan dipenuhi dengan pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bekerja yang datang berehat untuk menikmati hidangan tengah hari,” jelas Sayi kepada Xinhua.

    Hidangan popular di restoran itu adalah kokorec, sejenis hidangan jalanan Turki terdiri dari usus kambing yang diperap dengan pelbagai rempah dibungkus dan dipanggang dalam keadaan menegak.

    Dia memotong bahagian usus kambing itu, menaburkan jintan, oregano, garam dan meletakkannya sebagai inti di dalam sepotong roti.

    Kokorec merupakan sejenis hidangan istimewa dari Turki yang terdiri daripada usus kambing yang diperap dan dipanggang dengan cara yang tertentu. – Agensi
    Oguzhan Sayi menguruskan sebuah restoran yang menawarkan hidangan kokorec yang terkenal di Istanbul, Turki. – Xinhua

    Sayi telah menguruskan restoran tersebut dalam tempoh dua tahun enam bulan dan kini dia memang cukup dikenali dengan hidangan kokorec yang dihasilkannya.

    Tidak seperti datuknya, dia mempelajari teknik masakan hidangan kokorec itu daripada seorang cef dari Albania dan ayahnya. Pada awalnya, Sayi tidak berminat untuk menguruskan restoran yang menawarkan hidangan kokorec sehingga ia diperkenalkan pada tahun 2016.

    Sebaliknya, dia telah memilih untuk mengikuti pengajian di kolej perubatan dalam bidang juruteknik pembedahan.

    Selepas bapanya meninggal dunia, restoran keluarganya dahulunya terletak di Dolapdere, sebuah kawasan kejiranan di Istanbul yang memang terkenal sebagai sarang pengedaran dadah dan aktiviti jenayah itu sehingga dipindahkan ke lokasi baharu kini yang lebih selamat.

    “Walaupun awalnya saya keberatan untuk menguruskan restoran ini namun akhirnya saya berjaya mendapat keyakinan diri untuk menguruskannya dan mewarisi perniagaan yang pernah diuruskan oleh datuk saya,” jelasnya.

    Pada awalnya, sambutan yang diterima juga kurang menggalakkan sehingga memaksa Sayi turut menghantar pesanan ke rumah-rumah pelanggan sekali gus menjadi satu langkah promosi.

    “Kemudian saya mula membuka beberapa petak jualan di pelbagai festival yang dianjurkan sehingga hidangan tersebut berjaya diterima secara positif oleh para pelanggan.

    “Pada awalnya, saya menjangkakan perniagaan ini hanya mampu bertahan dalam tempoh dua ke tiga bulan sahaja namun ternyata ia di luar daripada apa yang dijangkakan,” jelasnya.

    Kini, pelanggan Sayi adalah terdiri daripada golongan selebriti, pelukis, kolumnis, penulis dan juga ahli politik. Dia juga turut menerima pesanan daripada pelanggan luar negara seperti Belanda, Perancis, Kanada dan negara-negara Teluk lain.

    Dia juga tidak menerima sebarang pelanggan yang mengunjungi restorannya tanpa melakukan tempahan dengan lebih awal.

    Sebagaimana kebanyakan perusahaan restoran lain yang biasanya akan membuka cawangan baharu ketika restoran mereka berjaya mendapat sambutan ternyata ia jelas berbeza bagi Sayi apabila dia menolak untuk melakukan perkara tersebut.

    “Saya tidak pernah merancang untuk memberi peluang kepada individu lain untuk menggunakan nama perusahaan saya,” jelasnya sambil menegaskan bahawa dia turut tidak mengupah sebarang pelayan di restorannya.

    Sayi berpendapat hidangan kokorec akan terasa lebih enak apabila ia dihasilkan daripada usus kambing muda.

    Harga kambing agak mahal dan setentunya juga agak sukar untuk mendapatkan usus daging kambing. Satu kilogram usus kambing berharga 250 lira Turki.

    “Dari situ, kebanyakan hidangan kokorec lain turut menggunakan usus binatang lain sekali gus turut menerbitkan cita rasa berbeza daripada apa yang dinikmati di restoran ini,” jelas Sayi.

    “Saya sentiasa berusaha untuk menyediakan hidangan tersebut dengan cara tersendiri agar ia sentiasa menepati cita rasa pelanggan,” terang Sayi.

    Menurut Sayi, kokorec memiliki kandungan zat tersendiri yang bermanfaat untuk menguatkan sistem ketahanan dalam badan.

    Di luar restoran itu, Sayi telah meletakkan sebuah kereta beroda berusia lebih 100 tahun yang pernah digunakan oleh seorang cef dari Macedonia untuk menjual hidangan kokorec.

    “Ia mengambil masa sehingga enam jam untuk menyediakan hidangan kokorec bagi mendapatkan cita rasa yang diinginkan,” jelas Sayi.

    Ketua Polis Daerah Beyoglu, Ismail Kilic adalah merupakan seorang pelanggan yang kerap menikmati hidangan kokorec di restoran itu.

    “Cef di restoran ini berjaya menghidangkan hidangan kokorec yang sangat lazat,” jelas Kilic.

    “Dari saat gigitan pertama lagi, saya boleh merasakan keenakannya sehingga terus mendorong saya untuk menikmatinya sehingga habis,” jelas salah seorang pelanggannya yang lain berasal dari wilayah Balikesir, di barat Turki. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/