Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kolaborasi penting atasi cabaran semasa

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Pengerusi Bank Baiduri, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah semasa Thrive’25 Town Hall Forum, The Winner’s Playbook menekankan kepentingan kolaborasi antara satu sama lain bagi mengatasi cabaran semasa dan persekitaran global yang tidak menentu.

    Dalam ucapannya, bertajuk Collaboration in Challenging Times, Yang Amat Mulia menekankan cabaran-cabaran global yang dihadapi oleh perniagaan tempatan.

    Yang Amat Mulia mengongsi, “Sekali lagi, kita bertemu pada masa apabila persekitaran pernia-gaan kekal tidak menentu. Secara global, kita menyaksikan harga bara-ngan dan perkhidmatan meningkat, ketidakstabilan geopolitik, peralihan rantaian bekalan dan perkembangan pesat teknologi baharu sekaligus mencetuskan gangguan.

    “Seluruh industri mempersoalkan sama ada organisasi dan pekerja akan bertahan dalam situasi sekarang dalam tempoh 10 tahun akan datang. Akses kepada pembiayaan menjadi lebih sukar. Pelanggan lebih berwaspada. Penipuan semakin pintar dan kreatif, manakala persaingan lebih sengit berbanding sebelumnya.”

    Yang Amat Mulia menambah, “Dalam industri kita, ramai yang berdepan tekanan harian untuk mengekalkan operasi ketika cuba berusaha untuk berkembang maju. Realitinya tidak mudah dan pen-ting untuk menyedari kebenaran tersebut.”

    Pengerusi Bank Baiduri, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah semasa menyampaikan ucapan pada acara Thrive’25 Town Hall Forum, The Winner’s Playbook, yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan, kelmarin. Forum yang dianjurkan oleh Asia Inc Forum itu mengumpulkan para pemimpin perniagaan, usahawan, individu profesional dan belia untuk meneroka strategi baharu bagi daya ketahanan, transformasi dan pertumbuhan serantau. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Pengerusi Asia Inc Forum, Dato Timothy Ong bersama para panel lain semasa forum tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah juga mengongsi, “Kita adalah negara kecil dengan populasi muda. Sementara golo-ngan tersebut memiliki potensi besar, mereka juga berdepan banyak cabaran. Pasaran pengguna yang terhad, serta kekurangan bakat boleh mengehadkan pertumbuhan, menjadikan sukar untuk memupuk kreativiti dan inovasi.

    “Kita semua sedar akan rea-liti menjalankan perniagaan dalam pasaran kecil dan halangan-halangan yang perlu dihadapi oleh usahawan serta perniagaan di Brunei. Tetapi kita juga mesti mengiktiraf terdapat banyak kisah kejayaan dalam kalangan kita, contoh-contoh pernia-gaan yang telah menghadapi cabaran ini dan berjaya mengatasinya.

    “Perniagaan-perniagaan inilah, boleh dikatakan, yang melalui kerja keras dan ketabahan, telah meletakkan mereka di kedudukan yang mereka capai hari ini. Perjalanan mereka mengingatkan kita me-ngapa perhimpunan seperti ini amat penting. Melalui majlis seperti ini, kita dapat belajar, bertukar pengetahuan, berkongsi pengalaman dan memperoleh pelajaran praktikal antara satu sama lain.”

    Yang Amat Mulia turut menegaskan kolaborasi adalah kunci.

    “Jaringan dan sokongan bersama bukanlah satu pilihan, ia adalah keperluan untuk terus hidup dan mencapai kejayaan,” katanya.

    Yang Amat Mulia mengimbas kembali semasa pandemik, perniagaan-perniagaan bekerjasama dalam cara yang tidak dijangka, daripada berkongsi rantaian bekalan, bekerjasama merentas industri, hinggalah menggunakan penyelesaian digital bersama-sama. Pengajaran ini mengingatkan kita, dalam masa sukar, kerjasama bukan sahaja membantu, malah satu keperluan. Ia strategi untuk berta-han. Bersendirian, kita tidak mampu menanggung segala ketidaktentuan, tetapi bersama-sama, kita dapat berkongsi sumber, bertukar ilmu dan mengurangkan risiko.

    Yang Amat Mulia menjelaskan, “Kolaborasi membolehkan kita mendapat akses kepada kemahiran dan kepakaran yang mungkin kita tidak miliki secara individu. Apabila perniagaan berdiri bersama, kita menjadi lebih kuat, lebih mudah menyesuaikan diri dan lebih bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran.”

    Yang Amat Mulia percaya semua orang berusaha untuk terus berkembang. “Bagi kami di pihak bank, apabila awda berjaya, kami juga berjaya. Jadi kita akan terus berkembang dan makmur apabila kita lebih banyak bekerjasama dan berkolaborasi. Mungkin masa sekarang mencabar, tetapi kita boleh gunakan masa ini untuk membina asas yang kukuh, memperkukuh kekuatan kita, mengatasi kelemahan kita dan membentuk perkongsian strategik.

    Yang Amat Mulia juga menasihatkan, “Tiada apa yang lebih berisiko daripada hanya berada di tempat yang sama dan menjadi terlalu selesa. Stagnasi menimbulkan rasa puas hati dan rasa puas hati mewujudkan rasa selamat yang palsu. Namun, saya bersyukur kerana saya tidak melihat semangat sebegitu dalam bilik ini hari ini.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda