Wednesday, March 5, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kolaborasi tangani cabaran sekuriti siber

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Sebagai usaha untuk menangani cabaran dalam sekuriti siber yang semakin meningkat, Dynamik Technologies dengan kerjasama Fortinet dan Pacific Tech serta disokong Brunei Cybersecurity Association (BCSA) telah mengadakan acara yang berlangsung di J Room, Hotel J pada 27 Februari lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Dynamik Technologies, di sini, dengan peningkatan infrastruktur digital, pekerjaan hibrid dan kecerdasan buatan (AI), organisasi sedang berdepan ancaman sekuriti yang meningkat.

    Oleh itu, acara itu mengetengahkan keperluan bagi penyelesaian sekuriti siber berintegrasi dan berkuasakan AI untuk menangani risiko berkenaan secara efektif. Acara yang dihadiri lebih 50 orang profesional sekuriti siber dan digital itu mempelajari pentingnya sistem sekuriti bersambung dan mengukuhkan strategi sekuriti siber untuk melindungi aset digital dalam landskap ancaman yang kompleks dan ruangan digital yang pesat berubah.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kewangan, Dynamik Technologies, Rachel Chew menekankan pentingnya kolaborasi dalam menangani cabaran-cabaran sekuriti siber berkenaan.

    Beliau berkata dengan ancaman siber menjadi semakin canggih, organisasi berhadapan cabaran yang semakin meningkat dalam melindungi infrastruktur, aplikasi dan persekitaran hibrid.

    Gambar ramai peserta yang hadir pada acara anjuran Dynamik Technologies pada 27 Februari lalu. – GAMBAR SERAHAN DYNAMIK

    Kebimbangan utama, tambahnya termasuk kos, kestabilan, automasi, kolaborasi manusia-AI, rangka kerja dasar, integrasi cloud dan peralatan selain merapatkan jurang kemahiran sekuriti siber.

    Beliau menambah sekuriti yang lebih kukuh bemula dengan kolaborasi pintar dan menggalakkan organisasi untuk bergerak ke hadapan bersama dalam memastikan keselamatan dan integriti data.

    Pembentangan Fortinet meliputi trend sekuriti siber terkini, penyelesaian inovatif dan amalan terbaik untuk terus mendahului ancaman siber.

    Dalam menangani landskap ancaman digital yang sering berubah, Fortinet menekankan pentingnya sebuah platform sekuriti siber bersepadu yang dikuasakan oleh AI dan kecerdasan masa sebenar untuk menangkis serangan canggih dalam persekitaran IT kompleks.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda