Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kolam’ sambut skuad AS

    COVA, Trinidad and Tobago, 10 Okt – Jurulatih Pasukan Amerika Syarikat (AS), Bruce Arena mengetepikan kebimbangan beraksi dipermukaan yang dipenuhi air ketika pasukannya bersedia untuk melengkapkan kelayakan persaingan Piala Dunia mereka menentang Trinidad & Tobago pagi Rabu ini.

    Pasukan AS akan menempah tiket ke persaingan tahun depan di Rusia dengan kemenangan ke atas Trinidad & Tobago, yang sudah disingkirkan di Stadium Ato Boldon di Couva.

    Tetapi persediaan minit akhir bagi perlawanan kelayakan CONCACAF mengalami kekecewaan semalam ketika skuad AS tiba bagi latihan mendapati sebahagian besar padang dipenuhi air.

    Satu sudut dari padang perlawanan keseluruhannya di tenggelami air sementara pemain-pemain AS boleh dilihat meredah air untuk ke padang itu. Persatuan Bola Sepak Trinidad and Tobago berkata dalam satu kenyataan perlawanan sudah pasti akan diteruskan, dan Arena berkata pasukannya tidak akan terjejas dengan keadaan berat seperti itu.

    Kapten Pasukan AS, Michael Bradley didukung merentasi takungan air di sekitar padang latihan di Couva. – AP

    “Keadaan itu tidak sempurna untuk mengadakan latihan,” kata Arena. “Tetapi kami menjangka segalanya akan berjalan dengan lancar dan kami bersedia untuk beraksi di stadium itu esok.

    “Ia sedikit berat dan lembap, untuk menjangka dengan keadaan hujan yang anda lihat. Ia sudah pasti menukar cara permainan.

    “Ia akan menjadi permainan yang perlahan, terutamanya dengan sedikit hambar, sedikit berbeza dari apa yang anda lihat setakat ini dalam perlawanan kelayakan. Tetapi kami semua perlu untuk menyesuaikannya.”

    Arena menolak gambaran bahawa keadaan itu mungkin bentuk balasan bagi pasukan AS, yang mengadakan pelawanan kelayakan utama menentang Costa Rica di Colorado ketika ribut salji pada 2013. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda