Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kolej Cosmopolitan anjur Program Amal Ramadan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Sempena bulan mulia dan penuh keberkatan ini, Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan telah memulakan Program Amal Ramadan dengan mengadakan ceramah agama semasa perhimpunan pelajar kolej berkenaan baru-baru ini.

    Ceramah tersebut dikendalikan oleh Haji Jufri bin Haji Hidup dan dibantu oleh pegawai hal ehwal ugama pelajar kolej berkenaan, Awang Muhammad Abu Hurairah bin Suhaimi dan pegawai hal ehwal pelajar, Awang Muhammad Akhimullah @Muhammad Wajeeh pada perhimpunan pelajar.

    Haji Jufri dalam ceramahnya menekankan tentang faedah amal kepada dunia terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

    Sementara itu, menurut salah seorang pelajar yang menghadiri majlis itu Dayang Siti Norhaleeza berkata bahawa bersedekah merupakan amalan yang digalakkan di dalam Islam.

    Sumbangan bagi amal itu bermula dengan pengumuman permulaan program amal berkenaan oleh penolong pengetua kolej tersebut, Dayang Maizatul Ummira binti Pungut.

    Antara yang hadir semasa majlis tersebut.
    Antara yang hadir semasa majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda