Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kolej Cosmopolitan terokai teknologi dron

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Kolej Cosmopolitan dengan kerjasama KMAS Management baru-baru ini mengadakan ceramah teknologi dron kepada hampir 40 pelajar Teknologi Maklumat di kolej tersebut.

    Ceramah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif My Drones Services Corporation, Bryce Mitchell bersama Pengurus Teknikal, Brandon Harris yang menyentuh mengenai kegunaan dron dalam industri minyak dan gas yang mampu mengurangkan risiko dan bahaya kepada nyawa manusia.

    Menurut mereka, dron juga berguna dalam pelbagai industri lain seperti infrastruktur dan pengurusan pemeriksaan, pengurusan bencana,perkhidmatan agrikultur, keselamatan dan pemantauan, operasi mencari dan menyelamat, tinjauan dan pemetaan, sistem kargo dan banyak lagi.

    Pelajar Kolej Cosmpolitan menyaksikan demonstrasi penggunaan dron di Padang Kebajikan.

    Sejurus selepas ceramah, pelajar diajak ke Padang Kebajikan untuk menyaksikan demonstrasi teknologi dron di udara dan sebahagiannya berpeluang mengawal dron dengan pengawasan dua penceramah jemputan tersebut.

    Ceramah bertujuan mendidik pelajar mengenai dron bagi mempertingkatkan prospek kebolehpasaran mereka yang dijangkakan mempunyai impak besar pada masa hadapan.

    Sesi ceramah diakhiri dengan gambar ramai dirakamkan menggunakan dron.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda