Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Koleksi arkeologi haram terbesar ditemukan

    WASHINGTON, 4 JAN – Pasukan polis Sepanyol menemukan satu daripada koleksi ratusan artifak arkeologi persendirian haram terbesar di wilayah Alicante.

    Koleksi itu termasuk fosil marin, seramik Zaman Gangsa dan senjata abad ke-18, United Press International (UPI) memetik kenyataan Guardia Civil.

    Artifak berkenaan ditemukan di dua buah rumah di wilayah tenggara Alicante.

    Penyiasat menemukan kira-kira 350 jumlah artifak dari dua buah rumah terbabit termasuk jubin mozek Rom, alat batu api paleolitik dan senjata bersejarah termasuk bola meriam.

    Di samping itu, lebih 200 serpihan tulang manusia berusia antara 4,000 dan 5,000 tahun turut ditemukan.

    Polis mengesahkan dua orang lelaki ditahan setakat ini dalam Operasi Osarium. Kedua-duanya sedang disiasat atas penyelewengan barangan yang mempunyai nilai seni, sejarah, budaya atau saintifik.

    Operasi itu dijalankan di bawah naungan ‘Rancangan untuk Mempertahan Warisan Sejarah Sepanyol’ Guardia Civil. – Bernama 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -