Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Koleksi Dior – Gabungan fesyen dan seni

    PARIS – Christian Dior kembali menjadi tumpuan penggemar fesyen pada pertunjukan Minggu Fesyen Musim Bunga/Panas 2022 yang berlangsung di Musee Rodin baru-baru ini.

    Koleksi terbaharu Dior didominasi oleh warna-warna neutral seperti putih, hitam, perak dan champagne, hasil ciptaan pereka fesyen Dior, Maria Grazia Chiuri. Salah satu koleksi yang cukup menarik perhatian ialah gaun kelabu yang dipenuhi dengan corak sulaman. Chiuri telah menjadikan teknik sulaman sebagai hiasan utama dalam koleksi ini. Motif-motif geometri yang ada pada gaun disulam dengan benang-benang perak sehingga memberikan kesan glamor namun ringkas untuk wanita moden.

    Model turut memperagakan jaket serba putih dengan gaun tanpa hiasan yang keterlaluan, tenunan jacquard perak dari gaun yang bersulam halus diperbuat daripada tulle ringan dan skirt kain krep kelabu. Dari segi stail, trend 60an turut diperkenalkan seperti kolar Peter Pan pada blaus organza ataupun sut tuksedo dengan kelepet jaket satin. – AP

    Para model memperagakan koleksi Dior musim bunga/panas 2022 pada Minggu Fesyen Paris di Musee Rodin, baru-baru ini. – AP/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...