PARIS – Semua mata tertumpu pada kemunculan pereka fesyen baharu Kenzo pada Minggu Fesyen Paris pada Rabu, yang menempatkan tetamu yang hadir pada pertunjukan fesyen di dalam rumah hijau yang sangat panas, setting pilihan beliau yang luar biasa.
Dengan itu, Felipe Oliveira Baptista memberikan jaminan bahawa koleksi pakaiannya adalah tiket paling laris untuk hari itu.
Koleksi pakaian sedia pakai 2020 hasil rekaan beliau telah pun mendapat sambutan hangat pada Minggu Fesyen Paris.
Walaupun ia bukan satu kemenangan besar, Oliveira Baptista, yang sebelum ini memulihkan Lacoste, memperagakan koleksi rekaan lelaki dan wanita yang berjaya untuk mood minimalis.
Koleksi ini memaparkan corak kreatif: Seperti kot berlapik dengan dua barisan butang dalam warna biru yang jatuh ke kaki pergelangan model.

Ia menyentuh kelepet menggelembung pada seluar panjang yang amat besar.
Selain itu, koleksi fesyen juga menumpu pada hiasan kepala secara kreatif yang telah mengubah topi gaya 1950an dengan topi perwira Asia.
Namun apa yang paling menarik adalah ia merupakan koleksi yang mengambil kira aspek komersial, dan membuktikan kenapa LVMH memilih Oliveira Baptista untuk mengetuai salah satu firma fesyen ulung itu.
Apabila Oliveira Baptista menjadi pengarah kreatif di Lacoste pada tahun 2010, beliau mengubah firma tersebut dalam tempoh lapan tahun.
LVMH mungkin berasa kagum dengan kemahiran pereka fesyen berkenaan untuk menukar firma yang merosot kepada kisah kejayaan pentas peragaan fesyen komersial. – AP