Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koleksi kontemporari Westwood

    PARIS – Andreas Kronthaler menghantar mesej yang jelas pada pertunjukan musim luruh Vivienne Westwood baru-baru ini, di mana fesyen kekal sebagai alat yang berkuasa untuk ekspresi diri. Koleksi itu, yang diperagakan di Pavillon Cambon, menampilkan gabungan warna, tekstur fabrik yang tidak dijangka, menggabungkan gaya moden dengan teknik jahitan klasik Westwood.

    “Tiada apa-apa yang lebih seksi daripada sut,” kata Kronthaler merujuk kepada koleksi.

    Sut menjadi pilihan – blazer bersaiz besar dipadankan dengan kemeja sutera, seluar digabungkan menjadi skirt asimetri dan ketelitian rekaan trench kot dipertingkatkan.

    Kot berwarna biru laut, diikat ketat di bahagian pinggang dan digandingkan dengan topi felt yang menjulang tinggi.

    Tekstur juga menarik tumpuan pada persembahan itu. Kot musim sejuk chunky dalam bulu kasar berkontras dengan tudung metalik berkilauan dan pakaian kait berbintik-bintik, manakala gaun baldu dan tulle menyerlah lagi keanggunan dengan pad tebal di pinggul dan bahu. Aksesori menambah gaya fantasi Westwood – kasut tumit berbulu digaya bersama stokin paras lutut, dan beg tangan sangkar burung bersalut emas, melambangkan kemewahan dan ironik.

    Koleksi itu juga berfungsi sebagai penghormatan peribadi. Merai 30 tahunnya di London, Kronthaler menggabungkan tenaga eklektik bandar itu, menampilkan rekaan dengan ciptaan menarik fesyen jalanan yang bersejarah.

    Legasi Westwood sentiasa mengenai cabaran tentang jangkaan masa depan. Di bawah bimbingan Kronthaler, cabaran itu kekal bertahan, dengan koleksi yang kreatif dan tak lampuk ditelan zaman. – AP

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan sebahagian daripada Koleksi Pakaian Wanita Westwood bagi Musim Luruh/Sejuk 2025-2026 semasa pertunjukan di Paris. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda