BOSTON, 10 DIS – Peminat bola keranjang berharap untuk membeli sesuatu daripada koleksi memorabilia Bill Russell yang dijangka akan menjadi saingan dari nama-nama besar.
Pemain legenda, Shaquille O’Neal dan Charles Barkley berkata mereka berminat untuk membida barangan Russell, seorang ikon hak awam dan juara dalam bola keranjang – yang dijual. Acara lelong secara dalam talian dengan 429 barangan bermula minggu lalu dan acara kemuncak akan diadakan secara langsung dari TD Garden hari ini.
“Saya ingin mendapatkan barangan tersebut,” kata O’Neal kepada TNT ‘Inside the NBA’ pada malam Selasa. “Untuk mendapatkan kesemua 11 cincin, tiada sesiapa yang akan dapat mengalahkan saya.”
Tetapi, Russell hanya akan menjual dua daripada cincin kejuaraan NBA – iaitu yang pertama dan terakhir – bersama cincin Hall of Fame, satu daripadanya sempena meraikan kejuaraan kedua NCAA, dan satu lagi sempena ulang tahun pasukan ke-50 dan satu lagi cincin diberikan oleh liga kerana dia memenangi paling banyak kejuaraan dalam sejarah sukan profesional berpasukan.
Turut dilelong adalah pingat emas Olimpiknya, jersi terakhirnya bersama Celtics, ijazah kehormatan undang-undang dari Harvard – bersama topi dan baju yang dipakai semasa acara tersebut – dan buku yang ditandatangani oleh Jackie Robinson yang mengucapkan tahniah kepada Russell dan empat rakan sepasukannya yang berkulit hitam kerana enggan bermain dalam perlawanan persahabatan 1961 kerana pemulauan Kentucky. – AP
