Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koleksi Miu Miu tampil ceria

    PARIS – Mengisi ruang pentas pertunjukan, Miuccia Prada (Miu Miu), tampil dengan koleksi fesyen yang cuba meneroka dan menyerlahkan keceriaan dalam berpakaian di mana kesederhanaan dititikberatkan dalam suasana dunia moden.

    Berikut adalah sorotan koleksi fesyen Miu Miu yang sedia dipakai untuk musim bunga dan musim panas.

    MIU MIU TELITI BELIA UNTUK REKAAN

    Jika awda mengenali fesyen yang mengetengahkan busana pakaian taska, ia adalah rekaan daripada Miu Miu. Pada musim ini, Miu Miu, adik perempuan Prada bijak meneliti masa muda – dan dengan itu, kesederhanaan serta kejujuran dibawa ke dalam pemikiran dan cara berpakaian.

    Jenama itu terkenal kerana mengaburkan perbandingan antara kecanggihan dengan rekaannya dan tidak mengejutkan kemeja kemiset kapas anak damit menjadi tumpuan utama dan diberikan nafas baharu, di bawah manipulasi berseni Prada, menjadi sesuatu yang lebih kompleks.

    Dimulakan dengan gaun kapas putih yang kelihatan segar, koleksi rumit yang diadaptasi dari zaman kanak-kanak itu adalah hasil kerjasama dengan Petit Bateau. Gaun kemiset, baju sejuk dan baju berpintal menjadi kenyataan subversif – dilipat, dibalut dan dipintal untuk mencipta sesuatu yang sangat segar.

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan rekaan Miu Miu untuk koleksi Musim Bunga/Panas 2025 sebagai sebahagian daripada Minggu Fesyen Paris. – AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP
    Gambar AFP

    Ini adalah semangat seorang gadis yang serba boleh di mana dia enggan menyesuaikan diri, memakai pakaian ketat dan baju sejuk dengan cara yang baharu.

    Persepsi tersebut – busana pakaian menjadi provokatif – merakam salah satu naratif Miu Miu, menekankan belia adalah jentera kepada proses pembentukan, di mana peraturan tidak berubah dan bebas dalam melakukan percubaan.

    Ia adalah kesinambungan kecintaan Prada terhadap subversi dan polariti, sama ada ia mencampurkan ketidaksempurnaan dengan ketenangan atau mengubah keselesaan utilitarian menjadi pakaian yang memperlihatkan keberanian.

    Prada menjemput pelakon yang luar biasa, termasuk Alexa Chung, Willem Dafoe, Cara Delevingne, dan Hilary Swank – nama-nama terkemuka dalam dunia artistik, selesa berada di hadapan kamera dan berjalan di atas pentas pertunjukan Miu Miu.

    Miuccia Prada menampilkan kebolehannya untuk menyerlahkan keceriaan ke dalam fesyen yang serius.

    Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Prada sendiri, kadang-kadang perlunya untuk memilih sama ada menjadi seorang kanak-kanak atau seorang wanita yang hampir mati.

    Koleksi tersebut telah memilih yang pertama. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda