LONDON – Peminat Taylor Swift yang terlepas konsert jelajah dunianya atau mereka yang belum berpuas hati untuk bertemu dengannya boleh mengunjungi galeri pameran koleksi simpanannya di muzium pada musim panas ini.
Setelah meraikan kejayaan tiket pertunjukan yang telah habis dijual untuk kali kedua di London pada Jelajah Erasnya, kini barangan Swift yang pernah digunakannya dalam pelbagai era muziknya telah dipamerkan pada galeri di Muzium Victoria dan Albert di London.
Pakaian, gitar dan memorabilia lain daripada arkib bintang pop itu telah dipilih dan disusun menjadi jejak buku lagu yang dibuka baru-baru ini dan berlangsung hingga 8 September.
“Terdapat banyak barangan dan penampilan yang sangat ikonik dipakai oleh Swift sepanjang kariernya dari detik-detik kepopularannya di negara ini,” kata Kurator Kanan Teater dan Persembahan di V&A, Kate Bailey.
“Sungguh mengagumkan dapat berkongsi muzik dan mikrofonnya.,” ujarnya lagi.
Pameran itu bukanlah koleksi simpanan muzium pertama Swift. Musim panas lalu, Muzium Seni dan Reka Bentuk (MAD) di New York City juga pernah mempersembahkan Taylor Swift: Storyteller yang mempamerkan pelbagai pakaian dan barangan yang berkaitan dengan kerjayanya.
Swift mungkin mengenali barangan yang dipamerkan dalam galeri tersebut di mana dia pernah menggunakannya dalam konsert jelajah awalnya pada tahun 2007 semasa menjadi pelakon pembantu. Antaranya but koboi dihiasi bentuk hati berwarna biru pucat, pakaian berwarna turquoise dan gitar akustik Swift yang diperbuat daripada kayu koa.
Pameran tersebut merupakan antara karya tidak ternilai di muzium yang menempatkan koleksi seni, fesyen, fotografi, perabot, persembahan, seni bina dan seramik.
Skirt ungu dan jaket labuci merah jambu dan hijau dari konsert jelajah 2015 menerusi albumnya yang telah memenangi Grammy 1989 disimpan dalam bekas bersebelahan lukisan hasil karya seni artis High Renaissance, Raphael. Baju sejuk yang pernah dipakainya menerusi video Cardigan daripada album Folklore terletak di hadapan piano dan disimpan dalam galeri lukisan landskap.
Sementara itu, gaun kuning seperti Cinderella daripada video muzik Bejewelled yang terdapat dalam album Midnights dipaparkan di Galeri Permaisuri Putera. Manakala pakaian pentas dari persembahan konsert Jelajah Reputasinya, lengkap dengan mikrofon ular, juga terdapat di Galeri British.
“V&A terasa seperti pentas yang sempurna untuk jejak Swift,” kata Bailey. “Saya rasa terdapat begitu banyak sentuhan dalam karya Swift yang berkaitan dengan seni, kesusasteraan, sejarah. Terdapat begitu banyak cara yang kita boleh tafsir, susun dan persembahkan tentang karya Swift di sini,” tambahnya lagi. – AP