Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koleksi setem sempena ulang tahun ke-150 UPU

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Penggemar dan pengumpul setem boleh mendapatkan koleksi setem kenang-kenangan baharu apabila Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengeluarkan produk filatelik iaitu Setem Kenang-kenangan Ulang Tahun ke-150 Pertubuhan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) pada 9 Oktober.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JPP, di sini, mereka akan memperkenalkan dua reka bentuk setem yang berharga 150 sen bagi setiap denominasi.

    Selain itu, JPP juga akan mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama bagi melengkapkan koleksi filatelik istimewa berkenaan.

    Produk-produk filatelik lain termasuk Lembaran Setem Set Penuh yang tidak dipotong yang mempunyai 24 keping setem, Set Setem, Sampul Surat Rasmi Hari Pertama bersetem dan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama tanpa setem.

    Penggemar-penggemar koleksi setem dan orang ramai boleh mendapatkan setem berkenaan bersama Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dengan mengunjungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berdekatan bermula esok.

    Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Pemasaran, Filatelik dan Perhubungan Awam di talian 7291679 atau 2222191 atau melalui e-mel, brustamp@post.gov.bn.

    Setem Kenang-kenangan Ulang Tahun ke-150 UPU. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PERKHIDMATAN POS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda