Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Koleksi surat cinta dijual AS$670,000

    BOSTON, 20 NOV – Koleksi surat peribadi yang menyentuh perasaan dikarang oleh pemuda Bob Dylan kepada kekasihnya di sekolah tinggi telah dijual kepada kedai buku terkenal Portugal pada harga AS$670,000.

    Kedai Livraria Lello di Porto, Portugal, yang menggelar dirinya sebagai ‘Kedai Buku Paling Cantik di Dunia,’ merancang menyimpan sebagai arkib 42 surat tulisan tangan berjumlah 150 halaman lengkap dan boleh ditatap oleh peminat Dylan, kata firma RR Auction dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Dylan, penduduk Hibbing, Minnesota, menulis surat kepada Barbara Ann Hewitt di antara 1957 dan 1959 apabila dia masih dikenali sebagai Bob Zimmerman. Surat itu menawarkan pemahaman terperinci kehidupan peribadinya.

    Dalam beberapa surat, Dylan menulis mengenai hasrat menukar namanya dan berharap dapat menjual satu juta piring hitam. Beberapa dekad kemudian, Dylan, yang berusia 81 tahun, dan penerima Hadiah Nobel tahun 2016 dalam Kesusasteraan telah menjual kira-kira 125 juta piring hitam.

    Pemuzik muda itu juga meluahkan perasaannya terhadap Hewitt, mempelawanya ke pertunjukan Buddy Holly, termasuk deklamasi sajak dan bercakap mengenai pelbagai topik termasuk kereta, pakaian dan muzik.

    Anak perempuan Hewitt menemui surat tersebut selepas ibunya meninggal pada 2020. Sampul asal dalam tulisan tangan Dylan dihantar ke rumah baharu Hewitt di Minneapolis-St Paul di New Brighton.

    Beberapa memorabilia Dylan yang lain juga dijual pada pelelongan, termasuk 24 ‘Puisi Tanpa Tajuk’ yang ditulis apabila penyanyi-penulis lagu itu menghadiri Universiti Minnesota, yang dijual pada harga AS$250,000; dan salah satu gambar Dylan paling awal yang dijual lebih daripada AS$24,000. – AP

    Gambar fail menunjukkan koleksi peribadi surat cinta yang ditulis Bob Dylan kepada kekasihnya pada akhir 1950. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...