Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koleksi unik kerabat diraja Itali dilelong

    GENEVA, 11 SEPT – Patung kecil porselin, sofa kulit baldu putih dan meja foosball antara barangan yang akan dilelong di House of Savoy, memberi gambaran luar biasa terhadap kehidupan seharian kerabat diraja.

    Lebih 200 objek akan dilelong minggu ini, yang didapatkan daripada bekas rumah Vittorio Emanuele of Savoy di Geneva iaitu putera raja terakhir Itali, Umberto II bersama isterinya, Marina.

    Para peminat kerabat diraja mungkin berminat dengan cawan teh abad ke-18, permainan catur moden atau dua motosikal dimiliki oleh anak lelaki pasangan itu yang berusia 51 tahun, Emanuele Filiberto of Savoy.

    Secara keseluruhan, objek yang dijual oleh pasangan tersebut dijangka akan dijual antara AS$112,000 hingga AS$168,000.

    Namun, Cyril Duval, seorang rakan kongsi di Geneve Encheres, memberitahu AFP bahawa anggaran nilai sebenarnya tidak begitu pen-ting, kerana koleksi ini lebih tentang ‘jatuh cinta.’

    Beliau berkata, penjualan ini “membolehkan peminat-peminat mendapatkan objek tertentu yang mungkin mereka impikan setelah melihatnya dalam majalah atau di televisyen”.

    Koleksi itu mengandungi memorabilia sejarah dan beberapa barangan rumah dari vila yang dibina oleh keluarga Savoy pada tahun 1970an di Vesenaz, di pinggir Geneva.

    Vittorio Emanuele adalah ketua House of Savoy yang berusia 86 tahun, keluarganya terpaksa meninggalkan Itali selepas monarki dihapuskan pada tahun 1946. – AFP

    Rumah lelong Geneve Encheres, Cyril Duval bergambar sambil memegang pinggan yang dihiasi dengan jata keluarga diraja Savoy di sebelah barangan rumah sebelum jualan di Geneva. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda