Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kolesnikov tidak sedih terlepas Sukan Olimpik

    SAINT PETERSBURG, 27 DIS – Bintang renang Rusia, Kliment Kolesnikov, mahu memenangi pingat Olimpik, tetapi tidak terdesak.

    Pemegang rekod dunia dalam acara kuak lentang lelaki 50 meter (m) itu berikrar untuk tidak menyertai Sukan Paris atas syarat ‘tidak boleh diterima’ yang dikenakan ke atas pesaing Rusia akibat serangan ke atas Ukraine.

    Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata bulan ini atlet dari Rusia dan sekutunya Belarus akan dapat bersaing di Paris sebagai neutral, di luar acara berpasukan dan selagi mereka tidak menyokong kempen di Ukraine secara aktif.

    “Pada masa ini, dalam keadaan semasa, saya tidak boleh menerimauntuk mengambil bahagian dalam Sukan 2024,” Kolesnikov memberitahu AFP dalam temu bual di luar pertandingan renang baru-baru ini di Saint Petersburg.

    “Impian untuk pingat emas Olimpik kekal, tetapi saya tidak sedih kerana tidak dapat pergi,” kata pemain berusia 23 tahun itu, yang memenangi gangsa dalam gaya bebas 100m dan perak dalam kuak lentang 100m pada Sukan Tokyo 2020.

    IOC berkata pada masa ini hanya terdapat 11 orang atlet, iaitu lapan warga Rusia dan tiga warga Belarus, yang telah layak ke Sukan Olimpik yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

    Kolesnikov, ketika berusia 20 tahun telah dinobatkan sebagai juara Eropah dalam gaya bebas 100m pada 2021, telah membuat keputusan mengenai Sukan Paris.

    Sementara menunggu keadaan berubah, Kolesnikov berkata dia mahu fokus untuk mencipta ‘rekod dunia baharu.’

    Bilangan kejohanan yang dianjurkan di Rusia telah meningkat dengan ketara sejak atlet Rusia dilarang daripada pertandingan antarabangsa berikutan serangan ke atas Ukraine pada Februari 2022. – AFP

    Kolesnikov menjawab soalan wartawan AFP semasa pertandingan renang antarabangsa Piala Vladimir Salnikov di Saint Petersburg pada 17 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda