Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koloni penguin berkurang

    PARIS, 31 Julai – Koloni terbesar penguin raja di muka bumi telah berkurang kepada hampir 90 peratus dalam tempoh tiga dekad, menurut para penyelidik yang berasa khuatir semalam.

    Kali terakhir para saintis menjejakkan kaki di kawasan terpencil di Perancis, Ile aux Cochons – kira-kira pertengahan jalan antara hujung Afrika dan Antartika, di mana pulau itu dihuni oleh dua juta burung yang tidak boleh terbang itu, dengan kira-kira satu meter tinggi. Namun gambar satelit baru-baru ini dan juga gambar yang diambil dari helikopter menunjukkan populasi penguin itu berkurangan dengan hanya 200,000 ekor, menurut kajian yang diterbitkan dalam Antarctic Science.

    Penguin raja adalah haiwan yang tidak suka berjalan. Manakala penguin dewasa akan keluar ke laut selama berhari-hari bagi mendapatkan makanan dan ia merupakan spesies yang tidak berhijrah. Punca kekurangan koloni penguin di Ile aux Cochon masih menjadi satu misteri.

    “Tidak dijangkakan sama sekali dan ia amat ketara memandangkan koloni ini mewakili hampir satu pertiga penguin raja di dunia,” kata ketua pengarang Henri Welmerskirch iaitu ahli ekologi di Pusat Pengajian Biologi di Chize, Perancis yang mula mengkaji koloni itu pada 1982.

    Gambar menunjukkan penguin raja di Pulau Possession, kepulauan Crozet. Populasi penguin berkenaan telah berkurang kepada hampir 90 peratus dalam tempoh tiga dekad menurut kajian yang disiarkan baru-baru ini. – AFP

    Perubahan iklim berkemungkinan telah memainkan peranan.

    Pada 1997, cuaca El Nino yang kuat telah mengakibatkan pemanasan di Laut Selatan Hindi, membuatkan ikan-ikan dan sotong berpindah ke selatan sementara waktu, yang menjadi makanan penguin raja dan jarak itu jauh dari kawasan pencarian haiwan berkenaan.

    “Ini mengakibatkan pengurangan populasi dan menggagalkan pembiakan” bagi kesemua koloni penguin raja di rantau itu, kata Weimerskirch. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda