Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komander Apollo 8 meninggal dunia

    WASHINGTON, 10 NOV – Angkasawan Amerika Syarikat, Frank Borman yang pernah menjadi komander misi Apollo 8 meninggal dunia pada usia 95 tahun, menurut Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) semalam.

    Borman meninggal dunia pada Selasa di Billings, Montana AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Sebagai ketua misi Apollo 8, angkasawan itu mengetuai misi pertama mengelilingi Bulan pada 1968 sebelum mendarat di Bulan beberapa bulan kemudian.

    Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruterbang pejuang pada 1950.

    Pada 1967, beliau menganggotai lembaga penyiasat yang menyiasat kebakaran kapal angkasa Apollo yang mengorbankan tiga angkasawan.

    Borman pernah dilantik sebagai Ketua Program Apollo dan mengetuai satu pasukan mereka bentuk semula kapal angkasa Apollo.

    Beliau bersara daripada Tentera Udara pada 1970. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Frank Borman bercakap semasa rakaman langsung program NASA TV di Newseum di Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda