TRIPOLI, 27 April – Komander tentera berpangkalan di timur Libya kelmarin berkata dia dalam keadaan sihat dan kembali ke Benghazi selepas menjalani rawatan di Perancis selama dua minggu.
“Kami mahu memastikan kepada anda bahawa saya dalam keadaan baik,” beritahu Jeneral Khalifa Haftar semasa berucap di depan kumpulan suku yang lebih tua dan pegawai-pegawai kerajaan.
Dia berikrar untuk menyingkirkan semua kumpulan yang mengganggu kehidupan rakyat Libya.
Pada 11 April lalu, laporan media berkata Haftar telah dihantar ke Paris untuk menjalani rawatan selepas mengalami strok, kunjungan yang menurut jurucakapnya hanya untuk ‘pemeriksaan biasa’.
Libya dibelenggu dengan konflik berpanjangan selepas 2011 apabila penggulingan bekas pemimpin, Muammar Gaddafi.
Mantan komander di bawah Gaddafi yang sesudah itu menentangnya, Haftar menguasai penuh seluruh bahagian timur negara itu tahun lepas. Dia menentang peralihan kuasa yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Tripoli. – Xinhua