RIYADH, 1 SEPT – Seorang komander tentera Saudi dan anak lelakinya dipecat semalam atas dakwaan rasuah, kata media negeri, dalam penyingkiran anti-rasuah terbaharu kerajaan.
Komander tentera Putera Fahad bin Turki, ahli keluarga diraja, dan Abdulaziz bin Fahad, penolong emir rantau utara Al-Jiuf, dipecat dan diletakkan di bawah siasatan atas dakwaan rasuah, menurut laporan.
Beberapa pegawai lain dan kakitangan awam kementerian pertahanan juga disiasat atas dakwaan rasuah, tambahnya, memetik perintah diraja dari Raja Salman. Putera Fahad berkhidmat sebagai komander gabungan tentera pimpinan Saudi menentang pemberontak Huthi di negara jiran Yaman.
Beliau diganti oleh Mutlaq bin Salim, penolong ketua kakitangan tentera, atas cadangan daripada pemerintah de facto Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kata media negeri.
Keputusan kerajaan yang memecat komander merupakan ‘tanda usaha membanteras rasuah dalam tentera,” kata penulis dan penganalisis Saudi Ali Shihabi.
Pengumuman itu menandakan tindakan keras terbaharu kerajaan ke atas pegawai yang dianggap sebagai korup di negara itu.
Komander keselamatan tertinggi Saudi adalah antara beberapa siri pegawai yang dipecat pada bulan lalu berhubung dakwaan rasuah dalam projek pelancongan. – AFP