LONDON, 31 JULAI – Komander sebuah kapal perang Britain yang mengiringi kapal United Kingdom (UK) menerusi Selat Hormuz di tengah kemelut meningkat dengan Iran berkata hari ini bahawa Tehran nampaknya menguji kesabaran Tentera Laut Diraja Britain.
William King, komander HMS Montrose, berkata ketika rondaan 27 hari di pintu masuk ke Teluk, beliau mempunyai 85 ‘interaksi dengan tentera Iran,’ yang sering mengeluarkan ‘kata-kata amaran’ di radio.
“Ia memberikan anda idea tentang ketegangan, ia mungkin lebih banyak yang kami lihat,” beritahunya kepada Radio BBC dalam temu bual telefon dari kapal friget.
“Iran nampaknya berminat untuk menguji kesabaran kami, menguji reaksi kami,” tambah King. “Mereka mendakwa mungkin kehadiran kami adalah tidak sah, walaupun kami berada di perairan antarabangsa yang diiktiraf.” – AFP