Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komando India tumpaskan pemberontak, 8 terbunuh

    NEW DELHI, 21 APRIL – Komando India menembak mati lapan pemberontak Maoist di timur India hari ini, kata polis, ketika pasukan keselamatan meningkatkan usaha untuk menumpaskan konflik yang telah berlarutan sejak sekian lama.

    Lebih daripada 10,000 orang telah terbunuh dalam pemberontakan selama beberapa dekad oleh kumpulan pemberontak itu, yang mendakwa mereka berjuang demi hak golongan yang terpinggir.

    Insiden tembak-menembak terbaru tercetus awal pagi tadi di kawasan hutan daerah Bokaro dalam negeri Jharkhand, yang kaya dengan hasil mineral.

    “Pertempuran bermula awal pagi dan lapan Maoist telah terbunuh,” kata pegawai kanan polis, Surendra Kumar Jha kepada AFP.

    Beberapa senjata automatik dan bahan letupan turut dirampas daripada kumpulan pemberontak itu, tambahnya.

    Tindakan keras oleh pasukan keselamatan telah mengorbankan lebih 400 pejuang dalam tempoh setahun lalu, dengan majoritinya di negeri Chhattisgarh, menurut data kerajaan.

    Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, berkata tahun lalu bahawa kerajaan menjangkakan pemberontakan itu dapat ditumpaskan sepenuhnya menjelang awal 2026.

    Pemberontak Maoist menuntut tanah, pekerjaan dan bahagian hasil sumber alam yang melimpah di rantau tersebut untuk penduduk tempatan. – AFP

    Anggota Kumpulan Operasi Khas (SOG) melakukan rondaan berhampiran lokasi pertempuran antara pemberontak yang disyaki dan pasukan keselamatan India di Ishber Nishat, Srinagar pada 10 November 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda