Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komando Israel maut akibat tembakan rambang

    BAITULMAQDIS, 13 JAN – Dua pegawai komando Israel terbunuh dalam tembakan rambang di Tebing Barat yang ditawan semalaman, menurut tentera hari ini.

    Kedua-dua pegawai itu sedang membuat rondaan di sekitar pangkalan mereka di Lembah Jordan apabila mereka “tersilap dalam mengenal pasti dan tersilap bunuh” oleh tembakan tentera Israel, menurut kenyataan tentera di laman sosial Twitter.

    “Kedukaan yang teramat sangat hari ini dengan pengumuman kematian dua pegawai unit Egoz,” kata menteri pertahanan, Benny Gantz, sambil menambah bahawa siasatan mendalam sedang dijalankan. Egoz ialah unit komando elit tentera Israel yang khusus dalam memerangi pemberontakan.

    Perdana menteri, Naftali Bennett menyampaikan ucapan takziah “atas nama seluruh rakyat Israel” dan berjanji untuk belajar daripada kesilapan.

    Menurut penyiasat, pegawai itu meninggalkan kuarters mereka dan menuju ke kawasan latihan sekitar jam 11 malam waktu tempatan, mungkin untuk membuat rondaan.

    Tidak lama selepas itu, mereka mengenal pasti apa yang mereka anggap sebagai suspek dan melepaskan tembakan amaran ke udara.

    Seorang askar dari unit yang sama, yang nampaknya sedang melakukan rondaan berdekatan, melepaskan tembakan ke arah pegawai tersebut, tanpa menyedari mereka adalah tentera dan percaya bahawa dia diserang dan membunuh mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda