Pernah menyertai dua program realiti nyanyian iaitu Big Stage musim pertama dan D’Academy Asia musim ketiga, penyanyi Baby Shima mengakui komen yang diterima daripada Mas Idayu lebih ‘pedas’ dan menakutkan. Shima bagaimanapun berkata dia menerima komen tersebut dengan hati terbuka dan terus berusaha memperbaiki kelemahan diri. “Seram (komen Mas Idayu)… namun saya terima komen itu