Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Komet sekali dalam 50,000 tahun akan kelihatan

PARIS, 8 JAN – Komet yang baru dijumpai mungkin dapat dilihat dengan mata kasar apabila ia melalui antara bumi dan matahari beberapa minggu lagi buat pertama kali dalam tempoh 50,000 tahun, kata ahli falak.

Komet itu dikenali sebagai C/2022 E3 (ZTF) sempena Fasiliti Sementara Zwicky, yang dikesan buat pertama kali melalui planet Musytari pada Mac tahun lalu.

Selepas mengembara dari kawasan berais dalam sistem suria, komet tersebut akan berada paling hampir dengan matahari pada 12 Januari diikuti dengan bumi pada 1 Februari. Ia dapat dikesan dengan mudah menggunakan binokular atau mungkin dapat dilihat dengan mata kasar, dengan syarat langit tidak diterangi dengan cahaya lampu dari bandar atau bulan.

“Komet tersebut akan menjadi paling cerah apabila ia berada berdekatan dengan bumi,” kata seorang profesor fizik di Institut Teknologi California, yang bekerja di ZTF, Thomas Prince kepada AFP.

“Terdiri daripada ais dan debu serta mengeluarkan aura kehijau-hijauan, komet tersebut dianggarkan mempunyai diameter sekitar satu kilometer,” kata Nicolas Biver, ahli astrofizik di Balai Cerap Paris. Ini menjadikan ia sangat kecil berbanding NEOWISE, komet terakhir yang dapat dilihat dengan mata kasar, yang melalui bumi pada Mac 2020, dan Hale-Bopp pada 1997 dengan diameter sepanjang 60 kilometer. – AFP

Gambar bertarikh 6 Januari 2023 yang diambil daripada lawan sesawang NASA menunjukkan Komet C/2022 E3 (ZTF). – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -