BERLIN, 31 Dis – Jerman amat jarang untuk tidak bersepakat mengenai perubahan yang berlaku dalam masyarakat mereka, kata pemimpin lama negara Angela Merkel hari ini, menambah dalam ucapan Tahun Baru bahawa beliau berasa komited untuk membantu mengatasi cabaran masa depan dengan menubuhkan sebuah kerajaan baru.
Jerman berada dalam keadaan politik yang terawang-awang sejak pilihan raya pada September, yang melihat kehilangan besar untuk ‘gabungan utama’ yang mentadbir negara sejak 2013.
Usaha Merkel untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru dengan dua parti kecil menemui kegagalan, sekali gus memaksa beliau mencari rakan lama, Sosial Demokrat.
Merkel sedar mengenai kebimbangan sesetengah orang di Jerman tentang kadar perubahan sosial, termasuk kemasukan pencari suaka yang melihat ramai golongan konservatif menyoal kepimpinan beliau. Namun beliau mendapati orang lain dalam ekonomi terbesar Eropah, yang telah melihat pertumbuhan pesat dan kemerosotan berterusan dalam pengangguran, berasa optimistik mengenai masa depan.

“Ada di antara mereka sedang bercakap mengenai perpecahan yang berlaku dalam masyarakat kami,” kata beliau merujuk kepada pandangan berlainan yang didengar oleh beliau sejak setahun lalu.
Merkel berkata beliau memandang serius mandat pengundi “terutamanya apabila ia membabitkan penubuhan sebuah kerajaan yang stabil untuk Jerman pada tahun baru,” memetik salah satu dasar utama beliau adalah keperluan melindungi kemakmuran, mempertingkat pendidikan dan penggunaan teknologi digital, memperkukuh keluarga dan penjagaan orang tua, menghapus ketidakseimbangan serantau dan menjamin keselamatan.
Beliau juga menekankan keperluan negara Eropah untuk bekerjasama dengan lebih erat dan mempertahankan sempadan luar benua, berjanji akan bekerjasama dengan Perancis untuk “menjadikan Eropah sesuai untuk masa depan.” – AP