Komited perkasa modal insan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Sebagai usaha berterusannya untuk membangunkan keupayaan modal insannya, Bank Baiduri telah menandatangani perjanjian dengan Ishajaya Technologies Sdn Bhd dan SAP Malaysia Sdn Bhd bagi melaksanakan satu penyelesaian sumber-sumber manusia yang komprehensif.

Majlis penandatanganan berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat Bank Baiduri, Kiarong, baru-baru ini, di mana menandatangani bagi pihak Bank Baiduri ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Ti Eng Hui, manakala itu, SAP Malaysia Sdn Bhd diwakili Pengurus Negara Brunei, Khoo Chee Wei dan Ishajaya Technologies ditandatangani oleh ketua pegawai eksekutifnya, Elvin Hii.

Bank Baiduri dalam kenyataannya menjelaskan, perisian berasaskan Cloud dinamakan SAP Success Factors salah satu sistem pengurusan modal insan terbesar di dunia dengan lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia.

SAP Malaysia Sdn Bhd, salah satu hab serantau SAP di Asia Pasifik, akan menyediakan Bank Baiduri dengan penyelesaian berkenaan sementara itu, Ishajaya Technology Sdn Bhd akan menjadi sokongan tempatan dan rakan pelaksanaan.

Kenyataan menambah, Human Resources Suite akan meliputi proses-proses sumber manusia utama dan teras utama pengurusan bakat yang termasuk pengambilan, pembelajaran, pengurusan prestasi, pampasan, sosialisasi organisasi dan penggantian pekerja serta pembangunan.

Penyelesaian baharu berkenaan bermatlamat untuk menyediakan bank dengan penyelesaian-penyelesaian bakat dan alat untuk menghasilkan, mengukur dan memperbaiki hasil perniagaan menerusi kakitangannya.

Ti Eng Hui dipetik menekankan mengenai komitmen bank untuk melabur terhadap generasi pemimpin pada masa hadapan untuk berdepan cabaran-cabaran baharu dalam industri perbankan dan pada masa yang sama menyumbang kepada usaha-usaha mencapai Wawasan Brunei 2035, salah satunya adalah menjadikan Brunei sebagai sebuah negara yang dikenali bagi pencapaian rakyatnya yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

Ti Eng Hui bersama perwakilan dari Ishajaya dan SAP Malaysia pada majlis penandatanganan perjanjian berkenaan. – Gambar daripada Bank Baiduri