Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komited tingkat keluaran tenaga bersih

    BRUSSELS, 25 APRIL – Sekumpulan negara Eropah Barat yang diketuai oleh Jerman dan Perancis kelmarin komited untuk meningkatkan pengeluaran tenaga bersih secara besar-besaran daripada turbin angin di Laut Utara, untuk memenuhi sasaran iklim dan mengurangkan pergantungan tenaga strategik mereka pada Rusia.

    Para pemimpin juga berikrar untuk meningkatkan keselamatan di sekitar grid elektrik bawah air yang semakin meningkat supaya ia tidak boleh menjadi mangsa ancaman hibrid. Kebimbangan terhadap serangan sedemikian telah meningkat sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tahun lepas.

    “Kincir angin luar pesisir dan juga kabel dan paip di atas tanah terdedah kepada sabotaj atau pengintipan,” kata Perdana Menteri Belgium dan tuan rumah sidang kemuncak, Alexander De Croo. Kebebasan tenaga juga menjadi dasar keutamaan pemimpin.

    “Kami telah melihat sejak beberapa bulan lalu apa kesannya jika awda terlalu bergantung kepada orang luar untuk bekalan tenaga,” kata De Croo, merujuk kepada masalah bekalan tenaga sepanjang musim sejuk apabila negara EU memutuskan untuk mula memutuskan bahan api fosil Rusia berikutan perang Kremlin ke atas Ukraine.

    “Kami menunjukkan di sini dengan bekerjasama kami boleh menjadikan tenaga elektrik kami lebih mampan dan lebih bebas.”

    Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata kumpulan negara Barat mesti memastikan Presiden Rusia Vladimir Putin “tidak lagi mempunyai cara untuk memberi tekanan kepada kami dengan menutup saluran paip gas.” – AP

    Dari kiri: Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen; Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyertai sidang media di Sidang Kemuncak Laut Utara di Ostend, Belgium pada 24 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda