Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komitmen PASB tingkat kemahiran industri

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Para peserta terdiri daripada pengamal dari Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan telah menghadiri Seminar Foundation Design & Construction to EN1997, baru-baru ini.

    Seminar yang dikendalikan oleh PUJA Academy Sdn Bhd (PASB) itu disampaikan oleh wakil dari Institute of Engineers Malaysia (IEM), Ir Tu Yong Eng.

    Acara dua hari itu merupakan kesinambungan kepada sesi terdahulu iaitu Reinforced Concrete Design to Eurocodes 1992-1-1 dan merupakan siri kursus bagi latihan untuk meningkatkan kemahiran pereka serta pengalaman dalam Eurocodes.

    Semasa seminar berkenaan, Ir Tu Yong Eng memberikan penerangan mendalam mengenai Eurocode EN1997 serta standard penting seperti EN 1990, EN 1991, EN 1992 dan EN 1993.

    Ia menyediakan pandangan yang berguna mengenai integrasi Eurocides dalam asas rekaan, sekali gus menawarkan bimbingan praktikal bagi projek-projek kejuruteraan sivil dan bangunan.

    Selain itu, ia juga menekankan komitmen PASB untuk memajukan ilmu pengetahuan industri serta amalan terbaik dari rantau ini.

    Ir Tu Yong Eng semasa menyampaikan seminar tersebut. – GAMBAR SERAHAN PASB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda