Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kompany puji mentaliti cemerlang Bayern

    WOLFSBURG, 26 OGOS – Jurulatih baharu Bayern Munich, Vincent Kompany memuji mentaliti pasukannya selepas kemenangan 3-2 di Wolfsburg kelmarin.

    Dalam perlawanan Bundesliga pertamanya sebagai jurulatih Bayern, pasukan Kompany mendahului 1-0 pada separuh masa pertama tetapi ketinggalan 2-1 pada separuh masa kedua, sebelum perlawanan berubah memihak kepada mereka.

    Bercakap kepada penyiar DAZN bahawa dia ‘menikmati perlawanan Bundesliga pertamanya sebagai jurulatih,’ dan menyatakan bahawa mentaliti Bayern membawa mereka kepada kemenangan.

    “Kami dominan pada separuh masa pertama dan tidak melepaskan sebarang peluang. Namun permulaan separuh masa kedua tidak begitu baik.

    “Kami bolos dua kali, tetapi akhirnya mentaliti pemain adalah baik dan itulah sebabnya kami memenangi perlawanan.

    “Saya telah bermain bola sepak cukup lama dan tahu bahawa awda boleh kalah atau seri dalam perlawanan seperti itu. Hakikat kami menang menunjukkan bahawa kami mempunyai mentaliti, walaupun tidak semuanya sempurna,” tambahnya.

    Bercakap dengan wartawan selepas perlawanan, Kompany memuji mentaliti cemerlang Bayern, berkata ‘awda boleh membuat kesilapan tetapi yang penting adalah bagaimana awda bertindak balas selepas kesilapan itu.’

    “Kami meraih gol tersebut kerana kami mencipta peluang. Perlawanan yang sukar, tetapi akhirnya kemenangan yang sangat baik,” katanya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda