Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kompaun akibat buang sampah

    Oleh Sim Y. H. & Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Empat buah syarikat, tiga di Daerah Tutong dan sebuah di Daerah Belait telah dikenakan denda kompaun kerana didapati melanggar Akta Kesalahan Rampaian 2021.

    Di Daerah Tutong, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengeluarkan kompaun masing-masing berjumlah $2,000, $1,000 dan $500 terhadap tiga buah syarikat kerana membuang minyak dan sampah di tempat awam, hari ini.

    Sementara itu, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait telah mengeluarkan kompaun berjumlah $500 terhadap sebuah syarikat di daerah berkenaan.

    Kesemua syarikat berkenaan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari di mana jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Longgokan sampah yang dibuang di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Belait
    Sampah sarap kelihatan dibuang di tempat awam oleh syarikat yang terlibat – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda