Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kompeni Askar Wanita pengambilan ke-3 anjur majlis ramah mesra

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Setelah tiga dekad terpisah dan terputus hubungan, anggota Kompeni Askar Wanita, Askar Melayu Diraja Brunei pengambilan ke-3 telah mengadakan pertemuan semula di majlis ramah mesra yang berlangsung di salah sebuah hotel di Jerudong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Wanita Pengambilan Pertama, 184 Mejar (B) Hajah Sofiah binti Haji Husaini. Turut hadir di majlis itu ialah mantan-mantan pegawai dan jurulatih pengambilan ke-3.

    Majlis itu bertujuan untuk menyatukan semula dan mengeratkan kembali hubungan silaturahim setelah 30 tahun terpisah.

    Pasukan Askar Wanita pengambilan ke-3 seramai 50 orang berkenaan telah menjalani latihan selama 68 hari dari 2 Ogos 1982 di Padang Kawat Bolkiah Kem.

    Antara anggota Kompeni Askar Wanita, Askar Melayu Diraja Brunei pengambilan ke-3 ketika mengadakan majlis ramah mesra di salah sebuah hotel di Jerudong, baru-baru ini.

    Mereka telah dibahagikan kepada dua platun dengan seorang pegawai wanita pengambilan pertama, yang mana Platun 1 diketuai oleh Lt Muda Rosnani binti Haji Ismail manakala itu, Lt Muda Sharifah Hazlina binti Syed Elham mengetuai Platun 2.

    Manakala itu, sembilan orang jurulatih termasuk seorang jurulatih jasmani adalah terdiri daripada pengambilan pertama askar wanita.

    Selepas menjalani latihan, mereka telah ditempatkan dalam tiga unit besar Askar Melayu Diraja Brunei iaitu Bolkiah Kem, Berakas Kem dan Angkatan Tentera Laut Pertama, Muara dan ditugaskan dalam bidang perakaunan, perbidanan, operator Comcen, pemandu, tukang masak dan perkeranian.

    Turut menjadi catatan sejarah, salah seorang daripada anggota pengambilan ke-3, 20093 mantan Sarjan (B) Julia binti Tarapan menjadi penerjun payung pertama askar wanita.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda