Sunday, April 27, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komputer terbesar pernah dicipta

    KOMPUTER terbesar di dunia yang boleh menyelesaikan lebih daripada 200 juta kerja dalam tempoh sesaat bakal dicipta buat kali pertama.

    Komputer bernilai AS$19.5 juta itu direka untuk berfungsi seperti otak manusia, mempunyai teras pemprosesan satu juta yang akan dipasang pada minggu ini.

    Digelar mesin SpiNNaker, ia boleh membekalkan lebih ba-nyak neuron berbanding mana-mana mesin lain di dunia ini.

    Komputer gergasi ini akan membantu ahli sains untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai penyakit neurologi seperti kesan penyakit parkinson terhadap otak.

    Penyelidik di University of Manchester telah menghabiskan lebih daripada 10 tahun untuk mencipta SpiNNaker.

    Komputer gergasi ini akan membantu ahli sains untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai penyakit neurologi seperti kesan penyakit parkinson terhadap otak.
    SpiNNaker adalah unik kerana tidak seperti komputer biasa, ia tidak berkomunikasi dengan menghantar sejumlah besar maklumat dari titik A ke B melalui rangkaian standard.

    Setiap cip komputer mempunyai 100 juta bahagian penggerak dan direka untuk meniru neuron otak manusia.

    Saintis bagi projek ini, Profesor Steve Furber berkata: “SpiNNaker sepenuhnya akan berfikir semula cara komputer konvensional bekerja.

    “Kami pada dasarnya telah mencipta mesin yang berfungsi sama seperti otak daripada komputer biasa dan ia sangat menarik.

    “Objektif utama projek ini adalah bagi membekalkan satu juta penggerak dalam satu komputer dan kini kami telah mencapai matlamat itu, ia sangat hebat,” tambahnya. Neuron biologi merupakan sel-sel asas otak yang hadir dalam sistem saraf yang berkomunikasi terutamanya dengan mengeluarkan ‘pancang’ tenaga elektrik.

    Pengkomputeran neuromorphic menggunakan sistem komputer skala besar yang mengandungi litar elektronik untuk meniru pancang ini dalam mesin.

    SpiNNaker adalah unik kerana tidak seperti komputer biasa, ia tidak berkomunikasi dengan menghantar sejumlah besar maklumat dari titik A ke B melalui rangkaian standard.

    Sebaliknya ia meniru cara komunikasi dari otak, menghantar berbilion-bilion maklumat kecil serentak kepada ribuan destinasi yang berbeza.

    Pencipta komputer sebenarnya ingin membekalkan sehingga satu bilion neuron biologi dan kini ia semakin berjaya direalisasikan.

    Untuk memberi gambaran skala, otak tetikus terdiri daripada sekitar 100 juta neuron dan otak manusia adalah 1,000 kali lebih besar daripada itu.

    Satu bilion neuron adalah 1 peratus daripada skala otak manusia, yang terdiri daripada hanya di bawah 100 bilion sel otak, atau neuron.

    Salah satu kegunaan teras komputer adalah untuk membantu pakar neurosains untuk lebih memahami bagaimana otak manusia berfungsi.

    Ia melakukan ujian ini dengan menjalankan simulasi pada masa yang sebenar pada skala yang sangat besar yang tidak mungkin dilakukan pada mesin lain.

    Sebagai contoh, SpiNNaker telah digunakan untuk mensimulasikan pemprosesan masa sebenar pada peringkat tertinggi dalam pelbagai rangkaian otak terpencil.

    Ini termasuk 80,000 neuron dalam segmen korteks, lapisan luar otak yang menerima dan memproses maklumat dari deria.

    Ia juga telah mensimulasikan kawasan otak yang dikenali sebagai ‘Basal Ganglia’ – iaitu satu kawasan yang terjejas dalam penyakit Parkinson, yang bermaksud ia mempunyai potensi besar untuk penemuan neurologi dalam sains seperti ujian farmaseutikal.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda