Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Komuniti ASEAN harus hargai keamanan wilayah mereka

    JAKARTA, 1 NOV – Penduduk rantau ASEAN harus mengiktiraf kepentingan keamanan, keterbatasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkan keamanan, dan hakikat bahawa mereka hidup dalam dunia yang menyaksikan polarisasi, kata Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

    Beliau berkata masyarakat di rantau itu harus bersyukur dengan keamanan dan kestabilan yang telah dinikmati selama lebih lima dekad dan tidak sepatutnya mengambil mudah keamanan sedia wujud.

    “Keamanan tidak jatuh dari langit. Sebagai komuniti ASEAN, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperta-hankannya,” katanya pada Forum Media ASEAN ketujuh (AMF): Perbualan dengan Pengerusi ASEAN, yang diadakan di sini, kelmarin.

    Mengenai situasi di Gaza, Indonesia merupakan antara negara yang menggesa Sidang Khas Tergempar Perhimpunan Agung PBB dan menaja bersama resolusi untuk melindungi orang awam.

    Menteri-menteri luar ASEAN turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap orang awam dan menggesa agar keganasan di Gaza dihentikan serta-merta, di samping mewujudkan laluan koridor kemanusiaan.

    Retno juga menunjukkan keadaan dunia semakin rumit dengan isu-isu seperti persaingan kuasa besar, perpecahan, krisis makanan dan tenaga, serta konflik yang berterusan.

    Retno berkata, rantau itu sendiri sedang bergelut dengan isu Myanmar, dengan Indonesia sebagai pengerusi ASEAN pada 2023 terus berusaha menangani cabaran itu.

    Menteri itu juga mengemukakan persoalan yang mencabar minda: “Bolehkah awda bayangkan Asia Tenggara tanpa ASEAN? Bolehkah keamanan, kestabilan dan kemakmuran wujud tanpa ASEAN?”. – Bernama

    Gambar Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...