Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komuniti Bangladesh meriahkan sambutan Hari Keputeraan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Komuniti Bangladesh di negara ini, baru-baru ini, telah menganjurkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

    Salah seorang penganjur acara tersebut, Shahjalal Masud menjelaskan bahawa penganjuran acara tersebut adalah bagi menyambut ulang tahun Hari Keputeraan ke-76 Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan mendoakan kesejahteraan Baginda di samping kesempatan berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai.

    Hadir semasa acara tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona dan para pegawai bagi memanjatkan doa agar Baginda Sultan dilanjutkan usia dan diberikan kemakmuran.

    Puan Yang Terutama dalam ucapannya menyentuh mengenai hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Brunei dan Bangladesh dan kebajikan Baginda terhadap masyarakat Bangladesh.

    PYT Nahida Rahman Shumona bergambar ramai bersama hadirin pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda