Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Komuniti Filipina bersihkan pantai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BELAIT, 27 JULAI – Masyarakat Filipina dari Daerah Brunei dan Muara, Kuala Belait, Seria dan Tutong telah bersama-sama melakukan kempen kebersihan pantai di Taman Jubli, Kuala Belait, baru-baru ini.

    Dalam kempen berkenaan, sebanyak 28 beg plastik besar berisi sampah seperti botol plastik, tin minuman, puntung rokok, mainan kecil dan beberapa bahan buangan lain telah berjaya dikumpulkan.

    Kempen berkenaan merupakan sebahagian daripada projek Komuniti Filipina yang diadakan setiap tiga bulan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai masalah amal sekitar dan mengekalkan meningkatkan persekitaran semula jadi.

    Antara warga Filipina yang menyertai kempen kebersihan pantai di Taman Jubli, Kuala Belait, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda