Friday, November 29, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konflik, iklim ancam usaha lawan penyakit

    GENEVA, 19 SEPT – Perubahan iklim dan konflik mengancam kemajuan dalam usaha melawan penyakit berjangkit seperti AIDS, tuberkulosis, dan malaria, kumpulan yang berdedikasi untuk membasmi penyakit tersebut memberi amaran, hari ini.

    Dunia telah berjaya mengatasi kesan buruk pandemik COVID-19 terhadap usaha menangani penyakit lain, kata Global Fund yang berpangkalan di Geneva.

    Namun, dunia masih menghadapi “krisis termasuk perubahan iklim, konflik dan kekacauan politik, penghakisan hak asasi manusia dan serangan terhadap kesaksamaan jantina, rintangan antimikroba, serta masalah hutang dan ekonomi yang semakin meningkat.”

    Ia “meletakkan orang termiskin dan paling terpinggir pada risiko lebih besar untuk penyakit berjangkit,” kata dana tersebut dalam laporan tahunannya.

    Global Fund telah menyuntik lebih AS$5 bilion pada 2023 ke dalam memerangi AIDS, tuberkulosis dan malaria, penyakit-penyakit yang membunuh ratusan ribu orang setiap tahun dan menjejaskan berjuta-juta lagi. Kemajuan yang ketara telah dicapai dalam memerangi malaria, dengan dos vaksin tersedia untuk melawan penyakit itu.

    Tetapi daripada tiga penyakit sasaran utama dana itu, ia adalah yang paling terjejas oleh perubahan iklim. – AFP

    Rumah dan bangunan sebahagiannya tenggelam selepas kejadian runtuhan empangan di Maiduguri, Nigeria, pada 10 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda