Konflik keluarga dan pendirian taat setia

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

Drama bertemakan sejarah British yang berlaku sekitar tahun 1795, Beecham House baharu sahaja disiarkan pada 23 Jun lalu di saluran iTV.

Beecham House diterbitkan oleh Gurinder Chadha dan drama ini berlatarbelakangkan New Delhi sebelum Pemerintahan British yang memperlihatkan kehidupan keluarga Beecham di kediaman baharu mereka. Keluarga tersebut diketuai oleh John Beecham, bekas tentera bersama dengan East India Company yang prihatin dan dedikasi terhadap keselamatan kediaman baharunya itu.

Skrip Beecham House ditulis oleh penerbit bersama dengan beberapa lagi individu lain seperti Paul Mayeda Berges, Shah Rukh Husain dan Victor Levin.

Drama ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat dari dua buah negara iaitu England dan India seperti Tom Bateman, Lesley Nicol, Lara Dutta, Leo Suter, Dakota Blue Richards, Gregory Fitoussi, Palavi Sharda dan banyak lagi.

Kronologi ringkas

Drama ini mengisahkan mengenai John Beecham yang terkejut setelah menyedari Margaret telah meninggalkan Delhi, India namun sebelum dia memberikan respons terhadap perkara itu, terdapat berita yang buruk telah melanda terhadap keluarganya di rumah.

Kebenaran di sebalik kisah hubungan abangnya, Daniel bersama dengan pembantu yang cantik bernama Chanchal telah terbongkar setelah mendapati bahawa pembantu yang cantik itu telah mengandung.

Sebelum pertengkaran bermula antara John dan Daniel, Castillon datang ke rumah John untuk menangkapnya kerana dituduh mencuri batu permata berharga milik ratu.

Seseorang diyakini telah mengkhianatinya dan seseorang juga perlu menyelamatkannya, justeru, apakah yang berlaku seterusnya terhadap John, saksikannya dalam drama bersejarah, Beecham House di saluran iTV.

Skrip Beecham House ditulis oleh penerbit bersama dengan beberapa lagi individu lain seperti Paul Mayeda Berges, Shah Rukh Husain dan Victor Levin.
SAHAM
TerdahuluPadah menipu
SeterusnyaDuo Chainblock pamer kehebatan