Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Konflik keluarga tiada kena mengena dengan Maria Farida

    Kontroversi hubungan penyanyi Nourul Wahab dan anaknya Ayu Nazirah yang kini kembali jernih menjadi bukti bahawa pelakon Datin Seri Maria Farida tidak terlibat dalam konflik keluarga itu.

    Memetik dari mStar, ia dapat dilihat apabila bekas suami kepada Nourul iaitu Ajai dalam satu pertemuan dengan pihak media sebelum ini mendedahkan apa yang berlaku antara dua beranak itu hanyalah sekadar salah faham sahaja.

    Malah, tafsiran negatif netizen terhadap apa yang berlaku dengan mengaitkan nama Maria Farida adalah tidak benar dan bersifat tuduhan semata-mata.

    Malah Ayu sendiri dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebelum ini juga menegaskan aktres tersebut bukan menjadi punca berlakunya perselisihan faham antara beliau dengan ibu kandungnya itu.

    Dalam masa sama Ayu turut menyifatkan Maria sebagai seorang wanita yang baik dan meminta orang ramai tidak mudah meletakkan kesalahan kepada wanita berkenaan.

    Untuk rekod, media pernah melaporkan hubungan Nourul dengan Ayu menjadi dingin apabila penyanyi itu meluahkan perasaan berkecil hati terhadap individu dipercayai anaknya melalui media sosial.

    Ayu yang kini bekerja sebagai ahli zoologi pernah menjadi pembantu peribadi kepada Maria.

    Beliau juga merupakan teman wanita kepada anak aktres tersebut iaitu Mizan Ashley dan hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. – Agensi

    Ayu (tengah) ketika meraikan majlis hari jadinya bersama Maria (kanan) dan teman lelakinya, Mizan (kiri). – Instagram Ayu
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...