Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konflik terbaru iZombie semakin mencabar

    SETENTUNYA ramai yang merindui watak Olivia Liv Moore yang dilakonkan oleh Rose McIver dalam iZombie dan kehadiran musim terbaru setentunya seolah-olah menjadi pengubat rindu kepada penonton setia yang telah lama menunggunya dalam tempoh lebih kurang setahun.

    Musim terbaru siri iZombie ini menceritakan babak yang memperlihatkan Liv Moore bersama-sama dengan Max Rager dan Detektif Clive Babineaux yang menyusup masuk ke dalam sebuah rumah yang agak mencurigakan.

    Mereka cukup terkejut tatkala mengetahui bahawa begitu banyak manusia yang bertukar menjadi zombie setelah meminum sejenis minuman bertenaga, Super Max.

    Ternyata ia adalah angkara di sebalik Vivian Stoll lakonan Andrea Savage pula menjelaskan kepada Liv Moore bahawa beliau berhasrat untuk mendedahkan mengenai kewujudan zombie kepada peringkat dunia.

    Olivia Liv Moore lakonan oleh Rose McIver kembali menguruskan konflik yang lebih mencabar dalam iZombie musim terbaru.
    Olivia Liv Moore lakonan oleh Rose McIver kembali menguruskan konflik yang lebih mencabar dalam iZombie musim terbaru.

    Namun adakah keputusan yang dilakukan oleh Vivian Stoll tersebut dianggap sebagai satu keputusan bijak.

    Adakah manusia biasa sudah bersedia untuk mengetahui akan fakta sebenar mengenai kewujudan zombie atau mereka akan berasa terancam lalu bertindak untuk menghapuskan kelompok zombie tersebut yang setentunya akan mengancam Liv.

    Justeru, untuk mengetahui kesudahan siri drama yang sangat menarik dibintangi oleh beberapa pelakon hebat seperti Malcolm Goodwin, Rahul Kohli, Robert Buckley, David Anders dan Aly Michalka ini jangan terlepas untuk terus menonton siri iZombie musim ketiga sehingga penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda