Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konglomerat multinasional Thailand ambil alih Selfridges

    BANGKOK, 16 NOV – Central Group Thailand telah mengambil alih pemilikan pusat beli-belah British yang bersejarah, Selfridges, selepas rakan kongsinya dari Austria mengalami masalah kewangan.

    Central mengumumkan pada Selasa bahawa ia telah menukarkan pinjaman kepada ekuiti untuk menjadi pemegang saham majoriti dalam Kumpulan Selfridges, yang juga merangkumi De Bijenkorf di Belanda dan Brown Thomas dan Arnotts di Ireland.

    Langkah itu dibuat beberapa hari selepas rakan kongsi yang dilanda krisis, Signa, berkata ia menghadapi penstrukturan semula berikutan masalah kecairan tunai.

    Central Group, yang diasaskan oleh perniagaan keluarga Chirathivat berketurunan China dan Thailand pada tahun 1927, telah berkembang menjadi sebuah konglomerat multinasional dengan portfolio runcit dan hartanah yang luas.

    Ia membeli pusat beli-belah mewah Itali, Rinascente pada 2011 dan Selfridges Group dengan nilai £4 bilion dengan kerjasama Signa pada 2021.

    “Central Group akan menjadi pemegang saham majoriti dan mengawal syarikat usaha sama bagi syarikat yang beroperasi dalam Kumpulan Selfridges,” kata Central dalam kenyataannya.

    “Langkah ini mengukuhkan Central Group sebagai pemilik-pengendali kumpulan pusat beli-belah mewah Eropah terbesar yang menawarkan kepada pelanggan koleksi terbaik bagi jenama, barangan dan pengalaman luar biasa.” – AFP

    Seorang lelaki berjalan melepasi papan tanda pusat beli-belah Central Chidlom, sebahagian daripada Central Group Thailand, di Bangkok pada 2 Disember 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda