Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongres AS lulus dana AS$1.52b

    AMMAN, 1 April – Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan bantuan berjumlah AS$1.52 bilion kepada Jordan, kata Kementerian Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Jordan dalam satu kenyataan semalam.

    Kongres memperuntukkan bantuan untuk tahun ini pada AS$1.525 bilion, di mana tidak kurang daripada AS$1.082 bilion adalah bantuan ekonomi dan tidak kurang daripada AS$425 juta sebagai bantuan tentera.

    Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Jordan Imad Fakhoury, menekankan bahawa angka tersebut adalah jauh melebihi jumlah ditetapkan yang termasuk dalam Memorandum Persefahaman (2018-2022) yang dicapai baru-baru ini mengenai Perkongsian Strategik di antara kedua-dua negara, menambah bantuan pada tahun ini adalah AS$250 juta lebih daripada jumlah memorandum.

    Fakhoury berkata ia membuktikan kepada AS, Kongres dan pentadbiran, tentang pemahaman cabaran yang dihadapi oleh Jordan serta peranan yang telah dimainkan oleh Jordan di rantau dan global dalam usaha memerangi keganasan dan fahaman pelampau.

    Ia juga dilakukan sebagai mengiktiraf dan menyokong usaha pembaharuan yang sedang dilancarkan oleh Jordan dalam semua bidang dan sebagai menghargai bebanan yang dipikul oleh Jordan akibat krisis di rantau, kata menteri. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda