MOSCOW, 30 DIS – Parti Konservatif akan ‘menerima akibatnya’ semasa pilihan raya umum akan datang jika Perdana Menteri Rishi Sunak enggan merundingkan kenaikan gaji susulan bantahan dan mogok yang berlaku di seluruh negara, ketua Kongres Kesatuan Sekerja (TUC) Paul Nowak memberitahu The Independent pada Khamis.
Mogok akan menjadi isu penting semasa pilihan raya 2024 dan mencadangkan agar kerajaan mula berbincang dengan kesatuan sekerja secepat mungkin, lapor Sputnik.
“Ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menghentikan mogok iaitu dengan berunding. Sama ada kita berdepan mogok yang berpanjangan, terserah kepada kerajaan,” kata Nowak.
Pemimpin kesatuan itu juga menggesa pihak berkuasa UK mengambil langkah meningkatkan taraf hidup rakyat ketika pekerja mengalami penyusutan gaji selama dua dekad berturut-turut. Sunak juga dinasihatkan supaya tidak menerima pakai undang-undang anti-mogok pada 2023, seperti yang dicadangkan oleh kerajaan pada awal bulan itu, katanya. – Bernama