Wednesday, January 15, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongres Mexico terima pakai larangan ke atas e-rokok

    BANDAR MEXICO, 12 DIS – Kongres Mexico kelmarin meluluskan reformasi perlembagaan yang melarang pengeluaran, pengedaran dan penjualan e-rokok, menyertai tindakan keras meluas ke atas peranti yang dipromosikan sebagai kurang berbahaya berbanding merokok.

    Dewan Negara sebulat suara menyokong rang undang-undang yang dipromosikan oleh kerajaan, di mana ia diluluskan minggu lalu oleh dewan rakyat Parlimen.

    Pembaharuan perlembagaan kini mesti diluluskan oleh kesemua kongres 32 negeri Mexico sebelum berkuat kuasa.

    Rang undang-undang itu mengharamkan e-rokok, termasuk vape pakai buang, dan juga mengharamkan penggunaan haram fentanyl, dan ubat penahan sakit yang kuat bagi mengawal wabak opioid di Amerika Syarikat. Penjual e-rokok memberi amaran bahawa rang undang-undang itu akan mendorong penjualan vape di pasar gelap.

    Pada 2020, presiden kerajaan ketika itu, Andres Manuel Lopez Obrador melarang penjualan e-rokok di Mexico melalui dekri.

    Tetapi Mahkamah Agung memutuskan pada tahun berikutnya bahawa larangan itu tidak berdasarkan perlembagaan.

    Beberapa negara telah mengambil langkah untuk membendung vape, dengan alasan nikotin yang terkandung dalam e-rokok menjadikan seseorang amat ketagih dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan awam tidak diketahui. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda