Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi amalan pengajaran terbaik

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 15 Okt – Program Pembangunan Guru (TDP) Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong telah mengadakan forum terakhir guru-guru bagi tahun 2017 baru-baru ini sebagai platform bagi para guru untuk berkongsi amalan pengajaran yang terbaik serta penemuan dari penyelidikan berasaskan bilik darjah mereka.

    Forum yang diadakan di Dewan Teater, pusat berkenaan disampaikan oleh dua orang pensyarah PTE Tutong iaitu Dayang Raihan Nokman (tutor Biologi) dan Dr. Vincent Andrew (tutor dari Business Studies).

    Dayang Raihan dalam ceramahnya antara lain menyatakan bahawa subjek Sains seperti Biologi memerlukan pelajar untuk mengingati fakta dan konsep yang banyak. Banyak pelajar mendapati subjek Biologi merupakan pembelajaran yang agak mencabar.

    Katanya, ‘menghafal’ adalah kaedah asas pembelajaran bagi mana-mana subjek. Kebanyakan pelajar mendakwa bahawa kaedah penghafalan tersebut adalah sangat sukar, namun menghafal dapat membawa kebaikan kepada pelajar-pelajar bagi menjadikan mereka cerdas dan sekali gus dapat berfikir semasa belajar.

    Manakala, Dr. Vincent Andrew pula menerangkan mengenai bagaimana beliau cuba mengenal pasti kelemahan pelajarnya dan menggalakkan penonton, khususnya para penuntut bidang sains sosial untuk mencuba kaedah yang beliau gunakan itu.

    Pengetua PTE Tutong menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr. Vincent Andrew.

    Katanya, amalan mengajar di bilik darjah adalah didapati paling berkesan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kelemahan.

    Turut hadir menyaksikan forum berkenaan ialah Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

    Melalui forum tersebut, TDP berharap penyelidikan sedemikian dapat mendorong guru-guru untuk lebih terlibat dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran melalui refleksi dan perbaikan yang berterusan berdasarkan pengetahuan dan pedagogi baru.

    Mereka yang berminat terutama guru-guru yang ingin menyaksikan perbincangan tersebut melalui forum-forum lalu, boleh menyaksikan melalui saluran YouTube PTET TDP atau e-mel cheeshengonn@ptet.moe.edu.bn bagi sebarang informasi lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda