Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kongsi ilmu pengurusan jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Koperasi Serbaguna Persatuan Buhur (KSPB) Kampung Jerudong dengan Kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, kelmarin telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah di masjid berkenaan.

    Kira-kira 35 orang ahli lelaki KSPB dan penduduk Kampung Jerudong menghadiri kursus tersebut yang dibimbing oleh Haji Daud bin Haji Kadir.

    Antara yang menghadiri kursus tersebut ialah Pengerusi KSPB, Haji Arifpen bin Abas.

    Kursus sehari itu mendedahkan para peserta dengan ilmu pengetahuan tentang syarat memandikan jenazah, cara memandikan jenazah, penyediaan kain kafan dan cara mengkafankan.

    Ketika ditemui, Haji Arifpen berkata bahawa objektif kursus adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada para ahli dan penduduk kampung serta mendedahkan golongan belia kepada perkara-perkara yang berkebajikan.

    Selain tatacara pengurusan jenazah, para peserta juga diterangkan tentang adab menziarahi orang sakit dan kelebihannya, tanda-tanda orang yang dalam keadaan nazak dan perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila berlakunya kematian.

    Para peserta dilatih secara praktikal agar lebih mendalami teknik pengajaran dengan lebih baik dan sempurna.

    Salah seorang belia, Awang Muhammad Hafizan bin Hasnan berkata bahawa ilmu pengetahuan berkenaan sangat penting untuk diketahui dan dipelajari. Beliau juga berharap kursus seumpamanya terus diadakan dari semasa ke semasa.

    Antara peserta kursus yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, baru-baru ini.
    Para peserta menyaksikan tunjuk cara pengurusan jenazah semasa kursus sehari tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...