Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Sempena hari pertama Ramadan, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Brunei Darussalam telah mengadakan majlis iftar di Restoran B.B.Q Tonight, di Kampung Kiulap, hari ini.
Majlis itu telah dihadiri oleh tetamu kehormat, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yusof.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli diplomatik, para peniaga warga Pakistan dan jemputan serta masyarakat Pakistan yang berada di negara ini.
Kedatangan tetamu kehormat majlis bersama jemputan dialu-alukan oleh Pemangku Suruhanjaya Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam, Ahmed Ali Sirohey.
Ahmed Ali Sirohey dalam ucapannya menyatakan, majlis iftar pada Ramadan pertama itu bertujuan untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadan dalam menggalakkan perpaduan, keamanan dan kerjasama.