Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kongsi kehidupan bersama

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun ini, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan menganjurkan kempen pendermaan darah pada 5 dan 11 Jun di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, bermula 8:30 hingga 10:30 malam.

    Kementerian Kesihatan turut menganjurkan kempen yang serupa pada 13 Jun ini di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula jam 8:30 hingga 10:30 malam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, Hari Penderma Darah Sedunia dengan tema ‘Bantulah Mereka yang Memerlukan. Derma Darah. Kongsi Kehidupan’ itu bertujuan untuk menyalurkan sumbangan darah kepada mereka yang memerlukan dan bagi membantu menambahkan stok simpanan darah yang ada pada masa ini.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai kempen tersebut, di mana seramai 150 penderma awal akan menerima baju-T secara percuma. Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Kementerian Kesihatan melalui e-mel bdcripas@gmail.com dan Instagram @bloodbank.ripas atau Talian Darussalam 123 atau di talian 2242424 sambungan 5745.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda